Monday, May 24, 2021

Perang Hamas Israel

Mari gua simpulkan Perang Hamas vs Israel.

Pihak Hamas (Palestine) menang dari segi dapat semua support kewangan (financial) manakala di pihak Israel menang dari segi Iron Dome dah proven tested dimedan pertempuran.

Hamas dapat duit (dana)

Israel boleh start promote dan jual teknologi Iron Dome tu...

Masyuk.... Masyuk..

P/S: Pada perang Iraq/Amerika, Kereta Kebal Abrams US yang glamer itu telah berjaya dimusnahkan oleh peluru berpandu anti kereta kebal dari jenis Metis-M dan Kornet-E.

Yang menariknya... kedua-dua jenis peluru berpandu anti kereta kebal tersebut bukannya milik Iraq tetapi milik satu negara lain...

Dan pada masa tu hanya 3 negara ja yang memiliki peluru berpandu itu... Russia, Cuba dan Malaysia..... Hahahaha ... siapa yang punya aaa... hahaha... gua takmo citer kat sini... you all tau la kan... Hahaha

Hasilnya... selepas itu ramai yang start nak beli Metis-M dan Kornet-E nih... Negara kat Selatan Malaysia tu punya la tak suka Malaysia memiliki banyak stok menatang nih.... Hahaha... sebab tu kita tak perlu banyak kereta kebal...

Hahahahahaha

P/S/S ... Kenapa kita antara negara di rantau ini guna Exocet pun satu cerita gak... Ekslusive untuk Malaysia sahaja..... dari tahun 70'an ... peluru berpandu terbaik untuk anti kapal dan anti kapal selam.



Monday, May 17, 2021

Soalan Cepumas

Soalan cepumas nih gua nak tanya kat lu orang semua lar...

Cuba jawab skit... Hahaha..



Allah Taala Berikan Otak

Allah Taala berikan otak dan akal sebagai nikmat yang wajar digunakan... bukan setakat untuk display je...

Rugi kalu tak dimanfaatkan.



Sunday, May 16, 2021

Nasib Baik Lah

Memang nasib baik... Huhuhu



Sambungan Israel Timeline

Ini penulisan Dr Muhammad Jafar Darwis sambungan dari pertanyaan gua sebelum ini

Saya ada jumpa infographic yg bertajuk timeline of the land of israel oleh travellingisraeldotcom. Ini cara mereka membuat propaganda atau penipuan tuntutan ke atas tanah palestin.



Saya pernah post sebelum ini tentang solomon first temple yg konon dibina ditapak masjidaqsa sekarang. Tiada bukti arkeologi dapat menyokong dakwaan yahudi sehingga kini (second tample juga tidak ada).

Israel dikesan berada di palestin sekitar garisan merah (saya tandakan).

Jadi dimana yahudi sebelum ini? Inilah sejarah yahudi yg dipadamkan.

Yahudi berasal dari barat tanah semenjung tanah arab. Jadi secara teknikal mereka adalah arab. Ya. Yahudi sebenarnya arab yang tinggal di kawasan pergunungan barat semenanjung tanah arab hingga ke yaman.

Kerana itu bahasa yahudi dgn bahasa arab adalah sama. muka pun sama. Berbeza dgn arab padang pasir atau badwi..arab pergunungan tidak nomad. Mereka menetap dan membina kerajaan. Arab badwi tidak memiliki kerajaan.

Arab pergunungan adalah satu kaum yg purba dan memiliki peradaban yg tua..sama tua dgn mesir purba first kingdom dan kerajaan nusantara.

Arab pergunungan purba amat maju dan kaya raya pada era tersebut. Tetapi dihancurkan Allah kerana mereka melampaui batas.

Para para nabi di utus silih berganti kepada arab pergunungan ini dari nabi hud hingga yaakub.

Nabi ismail hidup dikalangan arab badwi di mekkah yg akhirnya Sebahagian mereka menetap di mekkah tidak lagi nomad.

Dari nabi yaakub lahir 12 puak. Puak ini dipanggil bani Israel..bani israel mula berkembang dan membina kerajaan kerajaan kecil.

Peperangan antara kerajaan berlaku penjajahan dan tawanan menjadikan asimilasi berlaku diantara arab pergunungan dengan bani israel akhirnya kebanyakkan bani israel terpengaruh dengan amalan dan kehidupan arab pergunungan.

Para nabi kemudian diutus kepada bani israel bermula dari Musa untuk kembali beriman kepada Allah Taala.

Disini muncul idea the promised land.

Parsi kemudian datang menghancurkan kerajaan bani israel dan menjadikan mereka hamba membina tower of babilon. Kerana arab pergunungan mempunyai teknologi dan kepakaran membina menara.

Dibawah darius bani israel dilepaskan. Ada yg tinggal di parsi dan ramai yg kembali ke tanah pergunungan. Tetapi keadaan telah berubah. Kerana kehancuran yg teruk pada tanah asal mereka. Bani israel mula bermigrasi ke utara. Ke palestin

. Palestine ketika itu dibawah jajahan Rom. Kerana peperangan antara Rom dan parsi yang berpanjangan. Bani israel terdedah dengan kemahsyuran Rom.

Di sini yahudi bani israel mula terdedah dgn Rom dari segi politik dan kepercayaan. Menulis taurat dalam bahasa greek.

Disini juga lahir golongan Pharisees, saducess dan esenness. Dan bani israel mula hilang digantikan dengan yahudi.

Disini lahir nabi isa a.s

Saint paul melahirkan agama kristian dan menyebarkan kepada bangsa bukan yahudi.

Byzantine mengantikkan Rom dan menganut agama kristian dibawah Costantine.

The rest is history.....

Kesimpulan..
  • *Kisah para nabi dalam quran adalah nabi arab.
  • *Palestine bukan tanah yahudi....
  • *Yahudi dan arab ada persamaan dari segi linguistic, morfologi dan DNA
  • *Yahudi adalah arab yg tersakiti

Saturday, May 15, 2021

Menarik Untuk Dikaji

Ini sesuatu yang menarik untuk dikaji...

Kenapa hanya bermula rekodnya pada zaman Nabi yang ke 18? Ini satu persoalan ... kenapa tak bermula pada zaman Nabi yang ke 3?



Sembang Melayu Lebong

Takde apa yang boleh dibanggakan.... sekadar setakat sembang lebong jer la... Hahahaha ... Karut sangat lar... hahaha



Wednesday, May 5, 2021

Kumpul Pahala

Adoilah... ada jugak spesis macam ni... Ajaran mana dier ikut nih? Ostad mana dier belajar ni???

Masak aaa..