Tuesday, March 19, 2024

Episod 12 - KK Mart (Cuba Bermain Dengan Api).

Negara Malaysia ini dibentuk atas dasar toleransi, kemajmukan dan saling hormat menghormati. Semua pihak patut berhati-hati apabila sesuatu itu dilihat boleh memecahbelahkan perpaduan. KK Mart tidak patut memandang isu berkaitan Stokin yang berkalimah Allah itu sebagai satu isu yang remeh dan tidak perlu diambil berat.

Hanya sekadar memohon maaf tanpa apa-apa tindakan proaktif lagi drastik memanglah akan dilihat sebagai satu tindakan sambil lewa pengurusan KK Mart terhadap isu ini. KK Mart memang wajar dipersalahkan dalam isu Stoking yang berkalimah Allah ni.

KKMart cuma ada satu pilihan je... Pecat sahaja mana-mana pihak yang cuai dalam melakukan tugas pemantauan dan pemeriksaan barangan consignment. Dan kemudian CEO KK Mart juga perlu meletakkan jawatan sebagai tindakan bertanggungjawab.

#kkmart #boikotkkmart #stokin #stoking #kalimahAllah #boikot

Saturday, March 16, 2024

Episod 11 - Kenapa Nikah Di Siam, Tapi Bukan Nikah Di Singapura?

Episod 11 - Kenapa Nikah Di Siam, Tapi Bukan Nikah Di Singapura?

Kita sentiasa dengar orang cerita yang kalau nak kahwin dua atau lebih, banyak yang ambil keputusan untuk nikah di Siam, tapi bukan nikah di Singapura.

Kenapa mereka memilih di Siam? Kalau nak katakan nak ambil vibe bernikah di luar negara kan boleh buat di Singapura.

Tonton episod ini yang penuh dengan kenyataan yang anda pasti akan trigger. Marah dan bengang? Nak tahu lanjut tontonlah.

#NikahSiam #NikahThailand #Poligami #KahwinDua #Nikah #kahwin #Singapura #walimatulurus #walimah #walinikah #pengantin #jodoh #konflik #Siam #Thailand #KahwinLari

Jom Sembang Santai adalah satu Channel untuk membincangkan pelbagai topik termasuk teknologi, kehidupan, pekerjaan dan sebagainya. Bantu kami dengan berikan cadangan topik yang anda hendak kami bicarakan. Anda boleh berikan pada ruangan komen.

Kepada yang berminat nak jadi tetamu (guest) dalam podcast ini, ianya amatlah dialu-alukan. Sila komen disini supaya kami dapat hubungi nanti.

Tuesday, March 12, 2024

Episod 7 - Puasa (Dahulu dan Sekarang)

Episod 7 - Puasa (Dahulu dan Sekarang)

Ramadhan datang lagi. Bulan dimana Orang Islam akan berpuasa. Tapi semacam ada yang kurang pada puasa zaman sekarang. Apa yang sebenarnya dah hilang? Apa yang dah kurang? Mari kita kupaskan bersama-sana.

#puasa #ramadhan #nostalgia #bazarramadhan #zamankanakkanak #remaja #ziarah #tarawih #kongsijuadah #juadahberbuka

Jom Sembang adalah satu Channel untuk membincangkan pelbagai topik termasuk teknologi, kehidupan, pekerjaan dan sebagainya. Bantu kami dengan berikan cadangan topik yang anda hendak kami bicarakan. Anda boleh berikan pada ruangan komen.

Kepada yang berminat nak jadi tetamu (guest) dalam podcast ini, ianya amatlah dialu-alukan. Sila komen disini supaya kami dapat hubungi nanti.

Monday, March 11, 2024

Episod 6 - Kemana Hala Tuju Pendidikan Negara

Episod 6 - Kemana Hala Tuju Pendidikan Negara

Kemana sebenarnya kita nak bawa pendidikan negara ini? Apakah yang kita buat masa kini bersesuaian dengan kepentingan negara dimasa depan? Apa yang hendak kita hidangkan kepada anak cucu kita? Apa kebertanggungjawaban kita?

#pendidikan #KBAT #SBP #MRSM #PendidikanRendah #Prasekolah #Akademik #Sahsiah #Ekonomi #Kemenjadian #APDM #PADU

Jom Sembang adalah satu Channel untuk membincangkan pelbagai topik termasuk teknologi, kehidupan, pekerjaan dan sebagainya. Bantu kami dengan berikan cadangan topik yang anda hendak kami bicarakan. Anda boleh berikan pada ruangan komen.

Kepada yang berminat nak jadi tetamu (guest) dalam podcast ini, ianya amatlah dialu-alukan. Sila komen disini supaya kami dapat hubungi nanti.

 

Friday, March 8, 2024

Koperasi - Satu Penyelesaian Kos Sara Hidup

Koperasi Sebagai Penyelesaian Kos Sara Hidup.

Kos sara hidup dari sehari ke sehari makin meningkat. Seakan tiada jalan penyelesaian. Pelik bila Kerajaan sedia ada kelihatan tidak mampu untuk menanganinya. Sekadar menepis dan beretorik itu ini.

Ini bukan cerita politik. Ini adalah cerita jerit perih nak menghadapi hidup dari sehari ke sehari. Mungkin Koperasi boleh dijadikan satu penyelesaian kepada kos sara hidup? Mungkin ada jalan yang lebih baik?

Turut dikupas adalah berkenaan dengan Solar Farm dan Integrated Farming/

#koperasi #KosSaraHidup #ekonomi #berastempatan #perikanan #pertanian #perladangan #solarfarm #ekosistem

Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Turkiye

Khilafah Uthmaniyyah ialah negara adikuasa (superpower) dunia pada abad ke-16 (1500-1599).

Dia punya power bukan biasa-biasa. Sampai negara-negara Eropah sanggup jadi macai kepada Uthmaniyyah untuk lawan musuhnya yang utama iaitu Habsburg, dinasti yang memerintah Sepanyol dan Jerman pada waktu itu.

Macam US hari ini yang ada ramai negara macai bantu dia lawan Rusia dan China, itulah Uthmaniyyah pada abad ke-16.

Khilafah-khilafah sebelum itu (Khilafah al-Rashidah, al-Umawiyah, al-Abbasiyyah) pun pernah jadi adikuasa dalam certain point of history, sebelum mereka semua ni jatuh.

Kejatuhan Uthmaniyyah ni paling pedih sekali sebab kejatuhannya lah punca umat Filastin merana sampai hari ini.

Malah pergolakan di Iraq, Syria dan Lubnan juga boleh dijejak balik kepada kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah.

Jadi, kita ambil peluang ulang tahun ke-100 peristiwa ini untuk menyingkap semula sejarah kejatuhan Khilafah ini.

Tujuan kita belajar sejarah bukan untuk jadi bangga, untuk claim ini, claim itu.

Tujuan belajar sejarah adalah untuk mencari "ibrah" atau pengajaran iaitu belajar daripada pencapaian dan kesilapan orang dulu, dan mencari hukum kejadian sejarah yang boleh dimanfaatkan untuk masa depan.



Thursday, March 7, 2024