Friday, March 8, 2024

Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Turkiye

Khilafah Uthmaniyyah ialah negara adikuasa (superpower) dunia pada abad ke-16 (1500-1599).

Dia punya power bukan biasa-biasa. Sampai negara-negara Eropah sanggup jadi macai kepada Uthmaniyyah untuk lawan musuhnya yang utama iaitu Habsburg, dinasti yang memerintah Sepanyol dan Jerman pada waktu itu.

Macam US hari ini yang ada ramai negara macai bantu dia lawan Rusia dan China, itulah Uthmaniyyah pada abad ke-16.

Khilafah-khilafah sebelum itu (Khilafah al-Rashidah, al-Umawiyah, al-Abbasiyyah) pun pernah jadi adikuasa dalam certain point of history, sebelum mereka semua ni jatuh.

Kejatuhan Uthmaniyyah ni paling pedih sekali sebab kejatuhannya lah punca umat Filastin merana sampai hari ini.

Malah pergolakan di Iraq, Syria dan Lubnan juga boleh dijejak balik kepada kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah.

Jadi, kita ambil peluang ulang tahun ke-100 peristiwa ini untuk menyingkap semula sejarah kejatuhan Khilafah ini.

Tujuan kita belajar sejarah bukan untuk jadi bangga, untuk claim ini, claim itu.

Tujuan belajar sejarah adalah untuk mencari "ibrah" atau pengajaran iaitu belajar daripada pencapaian dan kesilapan orang dulu, dan mencari hukum kejadian sejarah yang boleh dimanfaatkan untuk masa depan.



No comments:

Post a Comment